Tuesday, 27 November 2012

L.I.V.E your L.I.F.E

masa menunjukkan 1:31 am .. kejap lagi peperiksaan STPM akan bermula dan mata masih blum terlelap. 
bila mengenangkan nasib yang tidak seberapa baik ini mmbuatkan mata masih segar . bru di sedari betapa susahnya mencapai sesuatu yang kita ingini .. jika dahulu orang tua2 berkata, jika ingin mendapatkan sesuatu, haruslah usaha, nescaya dapatlah kita apa yang kita ingini. namun di zaman sekarang yang serba moden ini, dengan usaha kita, belum tentu kita dapat , harus lebih daripada usaha , maksud saya usaha yang berganda2 baru akan dapat .. agak susah kan hidup di zaman sekarang. kita perlu bersaing barulah dapat capai yang kita mahu.. bila melalui satu jalan dan terlihat burung-burung yang berterbangan, tiba2 terdetik di hati untuk bermonolog dalam diri , andai indahnya hidup sebagai burung. hidup yang sangat bebas. boleh pergi ke mana sahaja mereka suka. kalau lapar boleh terbang untuk cari makanan tanpa meminta bantuan dari burung lain . kalau hujan mereka dpt berteduh dimana sahaja mereka suka. hebatkan? dan saya mula berfikir, kalau saya jadi burung, saya tidak perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam kerja. tidak perlu hiraukan bagaimana untuk meneruskan hidup. dengan sayap yang ada, segalanya boleh dilakukan untuk meneruskan kehidupan. and yang paling menarik, kalau ada girlfriend, kalau manusia, perlu beli kereta untuk jalan, perlu bunga untuk diberikan kepada pasangan dan duit diperlukan untuk berbelanja. kalau burung? sangat indah . dapat dating di tali wayar elektrik dengan cuaca yang redup2 dan dapat bersiar2 dengan sayap di awan2. lihat! sungguh indahkan? .. adakah kehidupan manusia boleh menandingi kehidupan burung2? tidak! rasuah? pilih kasih? sombong? bongkak?  semuaaa itu menyebabkan timbulnya titik hitam dalam kehidupan manusia. terlalu pntingkan diri sendiri sehinggakam orang di bawahan akan menjadi orang bawahan selamanya dan yang tertinggi akan sentiasa menjadi tertinggi.



namun apa yang boleh kita lakukan? inilah yang dikatakan hidup . penuh dengan cabaran dan cobaan yang saya percaya akan membawa kejayaan dalam hidup . mungkin bkn sekarang tpi akan tiba masanya kita akan berjaya dengan DOUBLE EFFORT yang kita lakukan ....

No comments:

Post a Comment